1. PENGURUSAN JENAZAH

Waris akan mendapat kedua- dua manfaat dari kedua- dua khairat.
Darul jenazah akan membayar kos yang tidak ditanggung oleh khairat masjid tersebut seperti kos van jenazah.
Darul jenazah juga akan membantu dari segi tenaga kerja seperti menyediakan pengurus jenazah wanita ( yang sukar ada di sesetengah kawasan).

Bayaran pengurusan jenazah maksimum adalah RM1,500. Darul jenazah akan membayar sebanyak RM1,500 dalam masa 24 jam kepada waris.
(transaksi bank atau terus kepada waris) Untuk kos pengurusan jenazah.
Baki Kos dan lain – lain manfaat akan diberikan/ disempurnakan kepada waris dalam masa 30 hari selepas Sijil Kematian Diterima oleh Bumijez sdn bhd.
Jika Kos Pengurusan Jenazah melebihi RM1,500, Peruntukkan dari wang khairat akan digunakan untuk menampung kos pengurusan Jenazah.

Darul jenazah akan membayar kos yang diberitahu kariah kepada waris tersebut untuk waris membayar kepada pihak kariah masjid tersebut (untuk pihak masjid menguruskan jenazah)
Darul Jenazah akan tetap membantu didalam proses pengurusan jika diperlukan

2. KEMATIAN DILUAR NEGERI / LUAR NEGARA

Wakil darul jenazah di sabah akan menguruskan jenazah dan hantarkan ke airport. Wakil di kelantan akan menyambut jenazah di airport untuk dibawa ke tempat pengkebumian. (Mengikut Permintaan waris) .

Diluar Negara, Jabatan Kedutaan Malaysia akan uruskan jenazah warga malaysia) jadi Darul Jenazah hanya boleh menyambut jenazah di airport dan dihantarkan ke destinasi untuk dikebumikan.
( Mengikut permintaan waris).

3. KEMATIAN DI HOSPITAL

Bayaran caj pengurusan akan dikenakan kepada waris oleh pengurus jenazah hospital.Darul jenazah akan membayar kepada pengurus jenazah hospital melalui bayaran kepada waris.
Darul jenazah juga akan menguruskan jenazah atas permintaan waris.

4. MANFAAT BADAL HAJI

Jika ahli sudah menunaikan Ibadah haji, Kos Semasa Badal Haji akan diberikan kepada waris dalam bentuk Wang Tunai.
Manfaat Badal Haji juga boleh dipindahkan kepada arwah saudara mara yang belum Menunaikan Ibadah Haji diatas pilihan waris.

Badal Haji akan dilakukan oleh wakil bertauliah Lantikan rasmi Syarikat tetapi wakil pilihan oleh waris (jika ada) akan diutamakan. Waris Akan dimaklumkan apabila ibadah Badal Haji telah disempurnakan dan sijil Badal Haji beserta Cenderamata (Jika Ada) Akan diberikan kepada waris.

5. PERLINDUNGAN DANA KEMALANGAN DIRI

Dokumen Yang Diperlukan adalah:
a) Salinan I/C ahli yang meninggal dunia
b) Salinan sijil kematian Ahli
c) Laporan Polis yang mengesahkan kematian adalah akibat kemalangan
d) Salinan Post Mortem (jika ada)
e) Salinan Medical Report

*Pihak Bumijez akan membantu dalam mengisi borang tuntutan

Jika dana kemalangan, dua-dua p.a akan dapat ( jika meninggal) walaupun anda beli pelan insurans dari 5 syarikat insurans/takaful yang berbeza.
Kecuali tuntutan kos perubatan di hospital, hanya boleh pilih satu yang terbaik sahaja untuk situasi kesihatan/sakit pada masa itu.

Dalam masa 3 bulan setelah menerima borang tuntutan dengan dokumen - dokumen yang diperlukan. ( Pihak Darul Jenazah akan membantu dalam proses mengisi borang tuntutan ).

6. KEHILANGAN KAD / TAMAT TEMPOH KEAHLIAN

Laporkan kepada pihak syarikat , kad baru akan dipos dengan caj RM10.
Kad baru akan diberikan setiap tahun baru.

Boleh buat tuntutan jika keahlian masih sah, darul jenazah akan menyemak rekod.

Hubungi darul jenazah, Boleh buat tuntutan jika arwah meninggal ketika keahlian masih sah.

Pihak Darul jenazah akan menguruskan jenazah atas permintaan waris ahli tetapi waris perlu membayar dengan harga semasa untuk kos pengurusan jenazah.

7. JIKA MEMPUNYAI LEBIH ISTERI

Tuntutan hanya pada waris yang dinamakan didalam borang pendaftaran.
Ahli boleh membeli dua pakej keluarga
Pakej untuk isteri pertama + anak isteri pertama
Pakej untuk isteri kedua + anak isteri kedua .

8. JIKA MEMPUNYAI LEBIH 5 ORANG ANAK BAWAH 18 TAHUN

Boleh dengan syarat anak keenam dan seterusnya dikenakan bayaran tambahan RM10 seorang.

9. ADAKAH ANAK TIRI / ANAK ANGKAT DAPAT DIDAFTARKAN

Anak Tiri dan anak angkat dapat didaftarkan, jika berlaku kematian, Surat Pengesahan sebagai ibu bapa tiri / penjaga sah perlu dikemukakan.

10. ADAKAH ANAK TIRI / ANAK ANGKAT DAPAT DIDAFTARKAN

Anak Tiri dan anak angkat dapat didaftarkan, jika berlaku kematian, Surat Pengesahan sebagai ibu bapa tiri / penjaga sah perlu dikemukakan.